Monday, April 5, 2010

Pengawalan

Pengawalan adalah cara kawalan cahaya yang masuk melalui lensa agar sesuai dengan kehendak sensitive filem untuk membentuk baying (image) objek difilem. Menggunakan filem jenis yang memakai katrig adalah cukup mudah hanya dengan memetik button (shutter), prosesnya dijalankan dalam kamera. Kamera jenis Single Lens Reflex (SLR) mempunyai beberapa perkara yang mesti diketahui. Bukan setakat memilih objek dan terus memetik shutter. Berikut ini akan dihuraikan secara terperinci mengenai cara memakai apecer (aperture), shutter speed dan kegunaan alat-alat tersebut.


Shutter Speed

Shutter speed berfungsi untuk lamanya masa filem didedahkan pada cahaya, melalui lensa. Semua jenis kamera dilengkapkan dengan shutter speed. Kamera yang tidak mempunyai kawalan untuk shutter speed mempunyai kawalan tersendiri di dalam kamera. Selalunya kecepatannya sekitar 1/30 ke 1/60 sesaat. Kamera-kamera moden dewasa ini adalah termasuk dalam angka-angka berikut sesaat 1/2, 1/4, 1/8, 1/15, 1/30, 1/60. 1/125, 1/250, 1/500, 1/1000. 1/12000. Buku shutter yang dipilih adalah menunjukkan lamanya masa filem didedahkan pada cahaya. Shutter speed adalah cukup mustahak untuk fotografi diluar rumah (outdoor photography). Untuk gerakan laju (fastmocing object) dan gerakan pelahan (slow moving). Contohnya seperti untuk mengambil gambar olahraga, binatang liar, perlumbaan kereta dan lain-lain acara yang gerakannya diukur sebagai laju dan aksi-aksi demikian yang penting dipilih dahulu adalah shutter speed kemudian baru memikirkan soal apecer.


Apecer (Aperture)

Apecer atau dinamakan f/stop, yakni buka lensa dan jumlah cahaya yang menimpa filem apabila shutter dibuka. Semua kamera dibuat mempunyai apecer. Kamera Single Lens Reflex (SLR) mempunyai siri yang diperbuat dari besi yang berlapis antara satu sama lain yang dinamakan diaphragm yang terletak di dalam lensa. Diaphragm berbentuk seperti selaput kulit mata. Diaphragm bekerja adalah kerana pertukaran yang terletak di lensa (seperti gambar). Apecer dapat dikawal samada untuk membanyakkan cahaya masuk atau membuat jumlah masuk yang sedikit.

Lensa kamera mempunyai maximum apecer. Apecer disebut juga atau f/stop nombor mempunyai rentetan nombor yang demikian, f/1.4, f/2, f/2.8, f/4, f/5.6, f/8, f/16, f/22, dan Apecer (s/stop) yang paling kecil dalam bentuk kamera adalah f/16 atau kadang-kadang f/22. Kamera view (view camera) atau lensa makro dan setengah lensa telephoto mempunyai f/stop yang lebih kecil. Perlu dikatakan fungsi f/stop adalah untuk fungsi komposisi dan mengawal Depth of field. Biasanya tanda penunjuk di atas laras lensa. Pada dasarnya semakin besar buka apecer, semakin kecil number f/stop akan menghasilkan depth of field yang cetek. Oleh itu f/16 akan memberi depth of field yang banyak dari f/11. F/11 lebih besar dari f/8. Depth of field juga terpengaruh dengan jarak antara objek dan kamera. Semakin jauh focus pada objek depth of field akan lebih besar. Fokus dijarak yang lebih besar akan menghasilkan depth of field yang kecil (lihat gambar).

Perkara-perkara tersebut adalah penting bagi fotografi diluar rumah dalam memilih apecer yang betul dalam milih samada objek mahu diterangkan atau dikaburkan, samada latar-belakang dikaburkan (blur) atau latar depan dikaburkan, atau kedua-duanya diterangkan. Ini adalah satu teknik dalam photografi untuk memberi penekanan pada objek yang mustahak untuk dilihat. Teknik demikian amat sering dibuat dalam filem atau televisyen. Pada pengambilan pemandangan (scenic), jarak dekat (close up) objek tak bergerak (still object) dan pengambilan (shot) yang bukan bergerak mesti dipilih apecer dalam set yang betul kemudian baru memilih shutter speed.


Pendedahan (Exposure)

Terdapat dua cara untuk mengawal cahaya yang menimpa ke atas filem. Ini adalah dengan menggunakan shutter dan apecer. Shutter dan apecer adalah dibuat semata-mata untuk tujuan mengawal pendedahan filem pada cahaya. Ini bererti shutter speed yang pendek dan buka apecer yang besar adalah sama dengan buka shutter speed yang panjang dan buka apecer yang kecil. Campuran shutter speed dan apecer seperti berikut adalah disarankan dalam pengambilan gambar yang normal.












Dari ketetapan berikut terserah pada jurugambar untuk memilih setting yang dikehendaki. Bagaimana keadaan gambar yang dimahukan. Apakah mahu memilih shutter speed yang cepat (1/1000. 1/500, 1/250) dan D.O.F. yang cetek, yakni dengan memilih F/2, F/2.8. Tentang pemilihan tersebut adalah terserah pada jurugambar apakah jenis gambar yang dimahukan. Samada untuk menerangkan gambar seluruhnya atau menerangkan objek yang mustahak dan mengkaburkan objek yang kurang penting di dalam gambarnya.

Mungkin juga jurugambar mahu objeknya kabur sedikit untuk mengambil gambar burung yang sedang terbang, semata-mata untuk menunjukkan burung sedang bergerak. Atau memilih shutter speed yang tinggi 1/100, 1/500 untuk memberhentikan gerak objek yang sedang melompat. Memilih shutter speed yang rendah 1/60, 1/30 bagi mengkaburkan gerak objek untuk menunjukkan gerakan.


Memokus (Focusing)

Memokas adalah suatu perkara yang mudah tapi kesalahan memokas adalah sering berlaku. Bukan suatu perkara sulit dalam soal ini Cuma memutar laras lensa pada kamera sehingga objek yang dikehendaki didapati terang dan tajam. Pengalaman akan mendapati bahawa mengambil masa dalam memokas akan lebih memberi efek yang baik pada objek yang akan tercetak di filem.

Secara optikal mata kita adalah sesuai sekiranya fokus dapat dilakukan dengan cepat dan licin yakni dengan memutar laras lensa secara cepat dan yakin.