Sekalipun banyak jenis filem cepat (fast film) dan jenis lensa yang dibuat untuk memudahkan pengambilan gambar di dalam berbagai jenis cahaya tapi bagi banyak jurugambar mendapati unit flash adalah alat yang berguna bagi mereka untuk mendapatkan cahaya yang cukup dan dapat mengawal kemasukan cahaya ke dalam lensa secara teratur. Flash dapat membantu penggunaan filem lambat (slow speed film), dan lensa yang mempunyai apacer yang kecil. Flash juga dapat menambah ruang pengambilan (Depth of field), memberhentikan gerak yang laju (stop action) dan dapat menolong mengambil gambar dalam situasi cahaya yang gelap atau samara. Unit flash yang sering digunakan adalah flash elektronik yang harganya dapat dikatakan murah.
Flash elektronik mempunyai tabung kuasa elektrik yang menyimpan kuasa dan mengeluarkan kuasa cahaya melalui tabung flash (flash tube) dalam waktu yang cukup cepat (ini bergantung kepada kuasa bateri). Ukuran kecepatannya 1/1500 sesaat. Flash yang lebih mahal biasanya mendapat kuasa dari bateri yang dapat dicas dari kuasa elektrik kalau kuasanya berkurangan. Terdapat juga unit flash yang menggunakan nickel cadmium (nicad) bateri. Unit ini mempunyai kuasa output yang lebih cepat dan lebih otomatik. Unit flash yang demikian juga dapat digunakan kalau menggunakan zoom dan lensa telephoto kerana kuasanya dapat menjangkau objek-objek yang lebih jauh.
Flash serentak (synchronizing flash)
Oleh kerana lama pancaran cahaya flash adalah lebih pendek dari kelajuan shutter speed. Ini disebabkan batasan-batasan di dalam kamera. Kamera jenis single lens reflex sering menggunakan shutter speed 1/60 atau 1/125 sesaat. Ini adalah untuk memberi cahaya flash yang serentak dengan lamanya buka shutter speed. Kamera moden biasanya dibuat supaya flash unit mudah digunakan yakni dengan meletakkan flash di atas hot shoe kamera, atau disambong dengan sambungan wayar ke kamera.
Kamera jenis keluaran lama samaada mempunyai soket untuk bulb atau untuk unit elektronik dapat disesuaikan dengan flash jenis keluaran baru. Biasanya kalau menggunakan flash anda harus memilih tanda X yang terletak di shutter speed yakni untuk memberi cahaya sama lamanya dengan buka shutter. Walau bagaimana pun biasanya peraturan di dalam buku `manual’ yang datang bersama unit flash waktu dibeli akan memberi petunjuk tentang cara penggunaan flash yang betul. Seperti dikatakan bahawa oleh kerana lamanya pancaran cahaya yang menentukan masa pendedahan, shutter speed di kamera akan tetap di 1/60 atau 1/125 sesaat dan yang perlu ditukar ialah buka apacer di lensa, yakni buka apacer seperti f/16, f/11, f/8, f/5.6. dan lain-lain.
Biasanya flash unit mempunyai number untuk membimbing cara penggunaannya. Sebenarnya pendedahan flash ditentukan jarak antara flash dengan objek. Oleh itu number pembimbing yang diberikan akan menentukan kuasa flash dengan lajunya filem.
Banyak flash yang dijual hari ini mempunyai `dial calculator’ yang memberi petunjuk yang mudah untuk jurugambar mencari buka apacer (f/stop). Untuk mencari jarak flash dengan objek apabila unit flash diletakkan di atas kamera adalah dengan memokuskan lensa kamera pada objek utama dan gunakan jarak yang terdapat diukuran jarak lensa yakni yang diukur di dalam meter atau kaki. Ketentuan ini dilihat kembali pada flash kemudian ditetapkan buka apacer yang sesuai. Perkara yang paling mudah untuk mempelajari kelajuan dan ketepatan flash yang anda gunakan adalah dengan membuat percubaan dalam jarak dan filem yang digunakan.
Flash elektronik otomatik
Terdapat juga unit flash elektronik yang mempunyai kawalan pendedahan yang otomatik (authomatic exposure control). Dihadapan unit flash ini terdapat cel yang sensitive pada cahaya (light sensitive cells) yang diarahkan kepada objek. Apabila cahaya flash padam cel tersebut secara cepat mengukur cahaya yang dating dari objek dan mengukur lamanya cahaya flash. Flash elektronik yang otomatik juga adalah sama dengan flash biasa. Hanya yang berbeza adalah kerana unit ini mempunyai kawalan secara otomatik. Flash elektronik juga, tidak payah menggunakan sambungan ke kamera (connecting cord). Unit flash ini secara otomatik membuat kontak langsung dengan hot shoe di kamera. Terdapat beberapa cara dalam menentukan ketepatan pendedahan dalam menggunakan unit flash ini, yakni dengan cara mengangkat flash keatas, ke sisi, dari bawah dan lain-lain.
Flash penebaran (Diffusing flash) dan flash pantulan (Bouncing Flash)
Cahaya langsung hasil dari cahaya flash boleh menimbulkan baying yang terjadi dalam negative akan menjadi kasar dan gelap,mungkin juga terlalu terang. Hasil dari cahaya flash juga dapat menghilangkan corak warna. Lebih-lebih lagi kalau pengambilannya terlalu dekat.
Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan cahaya dari menimpa objek terlalu banyak. Istilah yang sering digunakan ialah flash penebaran. Banyak flash yang dijual mempunyai alat diffuser tersendiri, tetapi anda dapat membuat ‘diffuser’ sendiri dengan menggunakan tisu dengan melekatkan tisu di kepala flash. Ini akan mengurangkan cahaya yang jatuh ke atas objek. Biasanya pada tiap satu lapiran tisu ditambah satu buka apacer. Walau bagaimana pun ujian pendedahan patut dilakukan untuk mendapat ketepatan dan mengetahui effek dari tiap teknik penebaran yang dibuat.
Cara lain ialah dengan menggunakan teknik yang dikenal dengan istilah pantulan, yakni dengan mengarahkan flash kedinding atau ke shilling rumah dan sebaiknya dinding atau shilling rumah mesti berwarna terang atau putih agar dapat membalikkan pancaran cahaya. Terdapat flash unit yang dibuat supaya dapat dimiringkan atau dicondongkan supaya senang disudutkan kea rah shilling atau dinding.
Flash pantaulan (bouncing flash) memerlukan penambahan pendedahan. Peraturan menetapkan apacer mesti ditambah sebanyak dua kali ganda yakni kalau sekarang menggunakan f/16 mesti di buka di f/8. Hasilnya adalah bergantung pada terangnya dan jauh antara permukaan yang memantulkan cahaya. Adalah lebih baik kalau percubaan dibuat terlebih dahulu agar dapat diketahui hasil yang diinginkan. Kalau anda sering mengambil gambar di dalam rumah (indoor) adalah lebih baik juga dijalankan ujian pendedahan secara sungguh-sungguh, agar hasil dari unit falsh yang anda gunakan benar-benar difahami. Flash Atomatik harus menggunakan ‘manual’ dalam menggunakan flash pantulan.
Cara lain dalam menggunakan flash pantulan adalah dengan menggunakan paying fotograpi (photography umbrella) atau `reflector’ yang lebih memberi pengawalan cahaya secara teratur.
Flash Terbuka
Kalau anda mahu menggunakan flash untuk menerangi objek yang terlalu jauh dari kamera atau anda mau cahaya yang datangnya dari sudut yang lebih unik, terdapat satu cara yang dikenali dengan nama `flash terbuka.’ Caranya ialah dengan meletakkan kamera di atas tripod, kemudian shutter speed diletakkan di B untuk pendedahan waktu. Dengan menggunakan cable release button dan mengunci cable tersebut untuk menentukan waktu. Kemudian pancarkan beberapa kali pancaran flash. Cara yang demikian mesti dilakukan ujian pendedahan yakni dengan menetapkan waktu selama 30 saat, 45 saat, 60 saat dan seterusnya dengan mengira berapa kali pancaran flash yang dibuat. Flash terbuka juga boleh dilakukan untuk mengambil gambar objek besar seperti bangunan, rumah dan lain.